Pages

Search This Blog

Saturday, July 24, 2010

TOPENG

1.0 Pengenalan

Sejarah arca bermula dari penemuan patung kecil “Cycladic” di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4,500 tahun yang lalu. Adalah dipercayai bahawa arca figura yang banyak ditemui di serata dunia ada kaitan yang amat rapat dengan system kepercayaan pada masa itu.

Arca “Laocoon” (50 sebelum masihi) menunjukkan satu situasi dramatic: tiga lelaki dibelit ular. Gambaran ini menunjukkan sindiran masyarakat pada masa itu. Pada masa Renaissance, arcawan banyak berkarya bertemakan figura manusia kerana factor kemanusiaan paling mudah dijadikan sebagai sindiran dan teladan.


Pada tahun 1501-1504 Michealangelo membuat arca manusia bertopik “David” menggunakan marmar. Menjelang abad kedua puluh, arca tidak lagi berkonsepkan figura seratus peratus. Ia mengalami perubahan dan akhirnya berubah kepada konsep abstrak. Arcawan Britishbernama Henry Moore dan Alberto Giacometti telah menukarkan konsep figura yang dipiuhkan atau distailisasikan untuk lebih membawa makna dalaman.

Perkembangan seni arca di Malaysia asalnya berkaitan dengan magis yang digunakan oleh kaum asli bagi tujuan keagamaan dan perubatan. Patung-patung yang dihasilkan oleh Kaun Jah Hut dan Mah Meri mempunyai cirri-ciri seperti yang diterangkan tadi. Perkembangan arca bersifat konseptual dan disatilisasikan bermula sekitar tahun 1960an daripada pengarca yang mendapat pendidikan Barat. Pengarca Malaysia terdiri daripada Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Lim Kian Seng.


1.1 Kategori Arca


Arca pada asal usul pengkaryaan bersifat realis iaitu menampilkan objek patung manusia dan binatang sebagai suatu representasi mesej. Ia ada kaitan dengan kepercayaan dan keagamaan. Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni menemui dimensi baru, arca berubah kepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Menerusi revolusi ini, arca menadi lebih kontemporari dan tampil dengan bentuk abstrak kerana interpretasinya yang berbagai dan mempunyai konotasi yang luas. Bagi tujuan untuk menjadikan arca lebih bermakna ia diolah dalam pelbagai gunaan dan akhirnya muncullah arca estetika dan arca berfungsi.

Arca Estetik
Bahan peragaan/tatapan
Sebagai hiasan dalaman/luar bangunan
Mempunyai makna yang mendalam dan pengetahuan yang intelektual
Contoh-contoh arca estetik

Arca Berfungsi
Boleh diguna pakai sebagai alat permainan, tempat permainan kanak-kanak dan landskap
Sebagai alat ritual, penyembahan dan keagamaan
Keperluan domestik


1.2 Jenis-jenis arca


Stabail
Mobail
Arca tambahan
Asemblaj
Luakan
Timbulan
Binaan
Instalasi
Land



2.0 Topeng


Topeng adalah sejenis hasil kraf yang dibuat untuk menggambarkan rupa manusia, haiwan atau watak-watak fantasi. Ianya menutupi muka atau hanya menutupi bahagian sekeliling mata. Topeng biasanya digunakan didalam persembahan drama, tarian dan juga istiadat pemujaan. Ada juga topeng dijadikan sebagai identity seseorang dan juga ahli kumpulan.

Kata topeng berasal daripada perkataan “tup” yang bererti tutup, kemudian kerana gejala bahasa yang disebut formatif form (pembentukan kata) kata “tup” ditambah dengan kata “eng” yang kemudian menjadi “tupeng”. Tupeng kemudian mengalami beberapa perubahan sehingga menjadi topeng.

Di Bali istilah topeng diertikan sebagai “Partapukan” yang membawa maksud suatu lapisan yang menutupi. Misalnya seorang yang menderita kerana luka, apabila lukanya telah sembuh maka terdapat satu lapisan yang menutupi luka tersebut yang kemudiannya akan terlepas dengan sendirinya.

2.1 Fungsi topeng


Topeng mempunyai berbagai fungsi. Antaranya ialah:
1) Topeng sebagai lambang nenek moyang- Digunakan semasa upacara memperingati keturunan “Ratu Gede Pencering Jaga” atau “Hyang Datonda” penguasa duania yang dipercayai oleh masyarakat Truyan di Danau Batur.

2) Topeng sebagai symbol dewa-dewi – Ditarikan oleh gadis-gadis yang belum cukup umur. Tarian ini dinamakan Tarian Topeng Widyadari dan selalu ditarikan oelh masyarakat di Desa Ketewel, Kecamatan, Sukawati dan Gianyar.

3) Topeng sebagai pelengkap upacara – Tarian topeng ini termasuk dalam tarian Bebali yang berfungsi sebagai pengiring dalam upacara yang dikenali sebagai Panca Yadya. Tarian topeng ini dipentaskan pada waktu upacara dan dilaksanakan dengan tujuan supaya upacara berlangsung dengan selamat dan mendapat berkat.
4) Topeng sebagai penyingkap sejarah – Ianya bersifat hiburan dan dalam tarian ini banyak menceritakan kisah sejarah dahulu, memberi pengajaran dan peringatan tentang asal-usul keturunan, daerah, bahasa dan sebagainya serta boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja.

5) Topeng sebagai Media Pendidikan – Pementasan topeng dapat berfungsi sebagai media pendidikan di mana pelajar dapat mempelajari teknik membuat dan memainkannya, begitu juga dapat mengenal tokoh-tokoh, agama, seni dan budaya masyarakat setempat.

6) Toprng sebagai hiburan –Pementasan topeng juga dapat berfungsi sebagai hiburan terutama melalui dialog-dialognya yang bersifat humur akan mengundang gelak ketawa.


2.2 Jenis-jenis topeng


Terdapat 3 jenis topeng yang biasa dihasilkan iaitu:
· Topeng mata

· Topeng serkup

Topeng muka


2.3 Alat dan media


Alatan yang digunakan untuk membuat topeng biasanya terdiri daripada:
· Gergaji
· Pensil
· Pahat pelbagai jenis
· Pengetuk kayu
· Tukul
· Kapak
· Gerudi pelbagai jenis
· Pisau
· Berus lukisan pelbagai jenis

Media yang digunakan pula biasanya terdiri daripada:
· Kayu
· Kulit lembu
· Kulit kambing
· Kulit kerbau
· Kertas tebal
· Tanah liah
· Warna batik
· Warna-warna tradisional
· Permata untuk hiasan
· Penang bulu
· Perada


2.4 Teknik


Proses penyeliaan topeng menggunakan pelbagai teknik mengikut media yang digunakan. Terdapat tiga jenis teknik membuat topeng iaitu:
1) Teknik luakan dan ukiran – sesuai menggunakan media kayu dan tanah liat.
2) Teknik tampalan – sesuai menggunakan media kertas
3) Teknik tebuk – sesuai menggunakan media kulit haiwan